Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

PERKAHWINAN FAIZUL-HARYANA

  Menghadiri perkahwinan, Faizul Azira bin Shamsudin dengan Norharyana binti Abdul Ghani di Taman Mas, Chemor, Perak pada hari Ahad, 26 Ogos 2012.      Semoga ikatan perkahwinan kedua-dua pasangan berkekalan hingga ke akhir hayat.

SOLAT AIDILFITRI DI MASJID TANJUNG BLANJA

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1433H bersamaan dengan 19 Ogos 2012 di Kpg Tasek, Tanjung Blanja, Parit, Perak. Kami Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Tanjung Blanja.   Renungan bersama :   Ingatlah kata-kata Ulama’ terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradhawi “ Sesiapa yang menyembah Ramadhan, maka ingatlah bahawa Ramadhan akan berlalu. Tetapi, siapa yang menyembah Allah, maka Ia Maha Kekal Hidup dan tidak akan mati ”.   Hadith Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:   “Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”   (Ibnu Majah)     SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN        

SATU HARI DI HARI RAYA

Lagu      : Satu Hari Di Hari Raya Artis      :  M. Nasir Galeri Gambar : Sekitar Kg Tasek, Tg. Blanja, Parit, Perak pada 1 Syawal 1433H ( 19 Ogos 2012)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012

Ampun dan maaf andainya aku ini… Terkasar bahasa dalam bicara  Tersilap bicara semasa bersama Termarah yang tak kena tempatnya Tertanya tak tentu hala.. Tersasul yang tak sengaja Terpukul kat mana-mana Terpekik kuat di telinga Terhantuk terketuk di kepala Terpinjam terambil harta & benda Termoody tak semena-mena Terumpat bila ada cerita, Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima Termacam-macam yang kena-mengena.. ,, Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua, Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada Kerana aku masih bernama manusia Pastinya tak lepas membuat dosa Semoga dimaafkan, Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin ( pinjam dari Isu Hangat ) Sila klik

BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU

PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

Bersama Imam Jemputan Tarawih MTCJ

Bersama dengan dua Imam Jemputan untuk Solat Tarawih di Masjid Taman Cheras Jaya bagi Ramadhan 1433H/2012. Mereka adalah Saudara Muhammad Robbani dan Saudara Muhammad Fatri. Kedua-dua mereka adalah pelajar Tahun Satu di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin. Buat masa ini, mereka sedang bercuti dan akan menyambung pengajian tahun kedua pada bulan September ini. Semoga kedua-dua mereka berjaya.