Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Ke Utara Pula : Perlis 8-9 Jun 2012

Kali ini ke utara, ke Negeri Perlis Indera Kayangan. Jalan-jalan dan mengambil anak sulongku tamat kursus di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Anak Sulongku berkursus selama sebulan dan berakhir pada 8 Jun 2012.  PTSS ini terletak di Ulu Pauh, Arau, di Lebuhraya Kuala Perlis ke Changloon. Lebih kurang 25 km atau 30 minit perjalanan dari Bandar Kangar. 2. PADANG BESAR Dari PTSS terus menuju ke Padang Besar. Sempat juga membeli baju jersi terutama pasukan yang sedang bertanding dalam Piala Euro 2012. Baju Jersi harganya RM25 sehelai. Bagi ahli perempuan, mereka membelek dan membeli kain tudung. Disamping itu kami beli sedikit kekacang dan buah jambu batu peach. Tak puas rasanya sebab kami sampai dah nak senja, kedai-kedai dah mula hendak tutup perniagaan. 3. MEDAN SEAFOOD, KUALA PERLIS Dari Padang Besar kami menuju ke Medan Seafood di Kuala Perlis untuk makan malam.  Medan makan malam yang menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Perlis. Pelbagai jenis...

EURO 2012 : Jerman - Pasukan pilihanku.

Pasukan Jerman telah membuktikan dalam perlawanan kelayakan dengan memenangi kesemua 10 perlawanan.

PERUMPAMAAN DARI AL-QURAN - SIFAT KEJI MANUSIA

Perumpamaan dalam Al-Quran adalah untuk memberi kita kesedaran dan mengambil iktibar dari perumpamaan tersebut. “ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ” ( QS: Al-A’raf, ayat 179 )

HAIWAN YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN

Jika kita membaca Al-Quran , terdapat beberapa jenis haiwan yang disebut di dalamnya. " Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) ". ( QS. Al-An'am, ayat 38 )

BELANGKAS

Belangkas Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.