Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Konsert Maher Zain 25 Februari 2011 - Stadium Malawati Shah Alam

Maher Zain telah mengadakan konsert kali kedua di Malaysia pada 25 Februari 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam bertemakan 'maher zain Live in Concsert'.Konsert kedua beliau diadakan selama dua hari iaitu 25 dan 26 Februari 2011.  Konsert pertama beliau di Malaysia pada 14 dan 15 Oktober 2010 di MBSA Auditorium, Shah Alam yang bertemaka 'Save The Soul'. Konsert ini dianjurkan bersama oleh syarikat Awakening, InteamRecords dan Fiero.

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

  12 Rabiul Awwal 1432H bersamaan dengan 15 Februari 2011, Saya menyertai Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) dalam Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Taman Cheras Jaya. Majlis bermula dari 8.00pagi hingga 12.30 tengahari. Sebanyak 21 Kontijen menyertai perarakan. Sekolah Agama KAFA MAnbaeil Uloom telah memenangi kategori kseluruhan manakal PPPBCJ memenangi tempat ketiga Kategori Sepanduk Tercantik. Selepas perarakan, ceramah agama bertajuk "Rasulullah s.a.w Ikutan Sepanjang Zaman" disampaikan oleh Ustaz Yusri Abdul Karim.

Sambutan Maulidur Rasul

Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi”. (Riwayat Iman Malik )

Perkahwinan Anak Cikgu Sudir - Nor Aini dengan Mohd Amiru Rani

  5 Februari 2011, saya, Norzam dan Marshidah (Moore) telah menghadiri majlis perkahwinan anak Cikgu Sudir iaitu Nor Aini Sudir dengan Mohd Amiru Rani di Taman Sekilau, Kuantan. Kami bertolak jam 9.40 pagi dari rumah Moore. Kami berhenti di tempat rehat Genting Sempah kerana Norzam belum bersarapan lagi. Lebih kurang 10.45 pagi kami meneruskan perjalanan ke Kuantan. Lebih kurang 2 jam, kira-kira jam 12.45 kami sampai rumah Cikgu Sudir. Majlis pernikahan telah berlansung sebelum ini, paginya..

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2011 - Putrajaya

KEHADIRAN kami di pejabatnya pada lewat petang Khamis lalu disambut dengan sekuntum senyuman. Gaya korporatnya masih terserlah meskipun telah melewati waktu pejabat. Susun atur meja dan gambar tidak banyak berubah, sama seperti kunjungan penulis kira-kira tiga tahun lalu ke situ. “Apa khabar anda semua?” sapa tokoh tersohor itu lalu berjabat tangan dengan kami. Reaksi positif itu sebenarnya begitu melegakan. Secara jujurnya, penulis sangat berterima kasih kepada Tan Sri Samsudin Osman atas kesediaannya ditemu bual. Penulis difahamkan jadual hariannya sangat padat. Lebih-lebih lagi, beliau dan pasukannya pada ketika itu sedang bertungkus-lumus untuk sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.