Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Program Karnival Bola Sepak Jalanan MTCJ 2010

29 Mei 2010 . Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) melalui Biro Pemuda telah mengadakan Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010 di perkarangan pakir masjid. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Saudari Teo Nie Ching. Tujuan program ini adalah untuk mengajak para belia dan kanak-kanak untuk mendekati masjid disamping mengeratkan komuniti penduduk tempatan. Sebanyak 36 pasukan menyertai karnival ini. Aktiviti ini juga dimuatkan dalam website YB. Berikut adalah website beliau : Laman Web Ahli Parlimen Serdang YB Sdri Teo Nie Ching

Istiwa Matahari atas Kaabah pada 28 Mei 2010 5.16 pm

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.Pada jam 5.16 PM , 28 Mei 2010 nanti (Jumaat ini), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah. Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya. " Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka...

Kursus PTK 5 di INTAN Bukit Kiara

Kawan-kawan PTK5 12-20 Mei 2010 Saya baru selesai mengikut kursus PTK5 di INTAN Bukit Kiara. Kursus ini bermula pada 12 Mei 2010 dan tamat pada 20 Mei 2010. Dua hari pertama, kami diberi ceramah/kuliah berkaitan pengurusan iaitu Teknik dan Taktik Perundingan, Pengurusan Strategik, Organisasi Cemerlang, Kepimpinan, Integriti dan Pengurusan Kewangan. Hari ketiga membuat persembahan pengurusan kerja/SKT. Hari keempat pula kena sampaikan Perucapan Awam (Public Speaking). cakap orang putihlah. Hari kelima diberi tayangan video, ucapan KSN bertajuk 'Connected Government'. Lepas ini kena buat pulak kertas renungan berkaitan ucapan tersebut. Kena beri komen, analisa, pendapat dan lain-lain lagi. Lepas itu ada pula persembahan berkumpulan. Persembahan Kumpulan ada dua bahagian. Bahagian pertama tajuk berkisar generik/umum dan bahagian kedua pula berkaitan fungsional. Kumpulan saya mempersembahkan 'Isu dan Masalah Ummah' dan 'Jurang Digital'. Rasa tertekan juga. Hari Akh...