Monday, October 17, 2016

PERJALANAN HAJI YANG MABRUR - Umrah Pertama Kali

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU, 
HAJI YANG MABRUR. 

AMIN


UMRAH KALI PERTAMA

Setelah mendaftar pada tahun 2007, beberapa kali aku membuat rayuan untuk menunaikan haji pada tahun-tahun berikut. Rayuan kami tidak diluluskan. Mungkin kami belum dijemput menjadi Tetamu Allah lagi, kami mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tiba masanya.

Bagi memenuhi impian ke Tanah Suci, kami mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Kami diperkenalkan oleh jiran, Ustaz Abdul Rani iaitu seorang ustaz pembimbing yang selalu mengelola jemaah untuk mengerjakan umrah dan haji. Pakej kali ini, Ustaz Abdul Rani akan membawa jemaah menunaikan umrah termasuk ziarah Cairo, Mesir. Kami setuju dengan pakej yang ditawarkan.

Kami berangkat mengerjakan umrah pada 27 Ogos 2008 hingga 10 September 2008.




HIKMAH

Ada hikmahnya disebalik lewat permergian menunaikan haji, Allah telah memberi kami jalan agar kami pergi menunaikan umrah dahulu. Sekurang-kurang kami faham suasana dan tempat-tempat kerja haji, bila hendak mengerjakan haji nanti.



Kronologi

Simpan dan Daftar Haji

Umrah Pertama Kali

Persediaan Fizikal

Menggapai Haji Yang Mabrur

Kursus Haji

Ziarah Kota Madinah

Ziarah Kota Mekah

Ibadah Haji


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...