Sunday, December 6, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 108,109, 110 dan 111)

Soalan 108 :

Kadang-kadang ada wanita yang memakai stokin yang carik. Sahkan tawafnya?

Jawapan :

Aurat wanita dalam tawaf termasuk juga kakinya. Kalau carik, terbukalah aurat. Mungkin tidak sah kalau begitu.



Soalan 109 :

Kalau pakaian bernajis, macam mana? Maklumlah sudah berhari bahkan berminggu hanya pakai kain ihram sahaja.

Jawapan :

Kalau bernajis, tidak sah tawafnya. Mesti suci daripada najis. Dia hendaklah bersalin atau menukar kain ihram.



Soalan 110 :

Kalau begitu, macam mana wanita uzur syarii hendak bertawaf?

Jawapan :

Tak boleh sebenarnya untuk wanita yang uzur syarii seperti dalam haid untuk bertawaf. Kaedah dalam ibadat haji dan umrah untuk wanita yang uzur syarii senang sekali. Semua kerja haji dan umrah boleh dilakukan walaupun ketika haid melainkan tawaf sahaja. Segala rukun boleh dibuat melainkan tawaf. Segala wajib pun boleh dibuat.

Nabi SAW bersabda kepada isterinya Aishah r.ha :

Makksudnya : "Buatlah apa yang dibuat oleh orang haji melainkan tawaf sahaja hingga kamu suci" (Riwayat al-Bukhari, kitab al-Hajj, hadis no. 1650)



Soalan 111 :

Kalau tujuh pusingan, di manakah hendak mula kiraan.

Jawapan :

Tawaf dimulakan pada penjuru batu Hajarulaswad. Apabila sampai semula kepada penjurunya, maka dikira satu pusingan. Cukup tujuh pusingan, lengkaplah tawaf.





(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...