Saturday, December 5, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 106 dan 107)

Soalan 106 :

Orang akan mengelilingi Kaabah beberapa kali. Adakah itu Tawaf?


Jawapan :

Ya, itulah namanya tawaf. Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan. Ia adalah rukun haji dan rukun umrah.

Tawaf ini memang merupakan satu rukun. Firman Allah SWT :

Maksudnya :  "Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya." (Surah al-Hajj 22:29)

Tawaf bukan main-main tetapi ibadah. Tawaf bukan bermakna kita menyembah Kaabah tetapi sekadar melaksanakan perintah Allah dan mencontohi amalan Rasulullah SAW.

Tujuh pusingan itu diambil daripada amalan Nabi SAW sebagaimana yang disebut oleh Ibn Umar r.a. (Riwayat a-Bukhari, kitab al-Hajj, hadis no 1623)




Soalan 107 :

Kena ada wudukkah semasa tawaf?


Jawapan :

Tawaf macam solat juga. Oleh itu, kenalah ada syarat solat seperti suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Kenalah juga menutup aurat macam dalam solat. Bukankah Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : "Tidak tawaf di Kaabah oleh orang bertelanjang." ( Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Hajj, hadis no. 1622)

Berkaitan wuduk ketika tawaf, Imam Bukhari meriwayatkan satu hadis berbunyi bahawa Aisyah r.ha. memberitahu :

Maksudnya : " Sesungguhnya Nabi SAW berwuduk kemudian tawaf" (Riwayat al-Bukhari, hadis no. 3060)



(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...