Sunday, July 6, 2014

RESEPI : MEE REBUS HAJI WAHID


BAHAN-BAHAN :
✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
✔ minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camca serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua


CARA-CARA PENYEDIAAN


CARA TEPUNG UDANG KERING
✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rempah kari, kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Okey, selamat mencuba



petikan dari facebook Aneka Resepi Raya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...