Percutian bersama kawan setaman, keluarga Ibrahim dan Jamalakhir di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 29-30 Disember 2012 iaitu 2 hari 1 malam. Kami 3 keluarga bertolak selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Hj Aminuddin dan Dr Hjh Suzana.
Kami sampai lebih kurang jam 4.40 petang. Highway Plus ke Port Dickson begitu sesak, ingatkan ramai dah habis bercuti, tumpu persiapan persekolahan, rupanya tidak, masih ramai bercuti lagi.
Lepas check-in, kali ini kena ambil gelang tangan untuk menggunakan kolam mandi. Satu bilik diperuntukan 4 gelan untuk dewasa sahaja, kalau lebih 4 orang, terpaksa bayar untuk tambahan.
HARI 1Selepas solat Asar, kami pun pergi ke kolam mandi.
Klip video
Jam pukul 7.00 malam, petugas resort mula memerintah semua penghuni untuk meninggalkan kolam. kami pun terpaksalah balik ke bilik penginpan.
Selapas solat Maghrib, kami keluar untuk makan malam. Kami singgah di Restoran Geliga Seafood agak meriah sedikit.
Selepas makan makan, relax sebentar dengan berkaraoke, harga 3 buah lagu adalah RM5.00. Kami memilih lagu Sejuta Wajah dan Bukan Kerana Nama dari Kumpulan Sweet Charity dan Seribu Bintang dari Kumplan Alleycats.
Klip Video
HARI 2
Keesokannya, kami turun ke kolam mandi setelah hujan reda lebih kurang jam 10.00 pagi.
Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami naik ke bilik untuk bersiap-siap untuk check-out.
Singgah makan tengahari dahulu sebelum pulang ke rumah kediaman.
Kami sampai ke Taman Cheras Jaya jam 4.45 petang. Lain kali boleh pakat-pakat kita pergi lagi.
LINK
Comments