Friday, December 28, 2012

INTAI MENARA KUALA LUMPUR


25 Disember 2012, Kami mengambil keputusan sekeluarga melawat tempat menarik di Kuala Lumpur iaitu Menara Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama kami ke sini.

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara ini mula dibina pada 4 Oktober 1991 dan telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar.


Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.
 
 
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.

Tiket dan Pakej
 
 
Ini adalah harga tiket dan pakej pada 25 Disember 2012.
 
 
Kami telah membeli tiket set kombo Observation Deck dan XD Theatre berharga RM39.00 seorang dan F1 Simulation berharga RM 20.00 seorang.
 
 
Panggung Mini
 
Sementara menunggu untuk naik ke pelantar permandangan kami mengambil peluang menonton video sejarah pembinaan Menara KL di Panggung Mini ini.
 
 
 
 
 
  
Klip Video Sejarah Pembinaan Menara KL
 

---- 

Observation Deck




Di Pelantar Permandangan, Menara Kuala Lumpur, kita dapat melihat keindahan permandangan pada ketinggian 276 meter di atas paras tanah.

 
 
 
 
Disini juga terdapat beberapa gerai cenderahati. 
 
 
XD Theather


Merupakan satu pakej tarikan pengunjung. Simulasi 6D Thrill Ride memberi pengalaman teknologi 6D dan imaginasi kepada mereka yang mencuba.  Mesti cuba bagi pengunjung kali pertama.


F1 Simulation

Permainan ini biasa terdapat di Komplek Membeli-belah. Dah beli tiket, kami cuba jugalah.

 
 
1Malaysia Cultural Village
 
Terakhir kami menghabiskan masa melawat perkampungan budaya yang mempamirkan replika keunikan rumah dan budaya di Malaysia.
 
 
 

Nak kata best pergi Menara KL, tak lah sangat jika dibanding dengan kosnya, cuma kalau belum pergi boleh lah pergi untuk dapat pengalaman.
 
Lebih kurang jam 5.40 petang kami pulang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...