Wednesday, February 8, 2012

Ayam Penyek Bandar Baru Bangi


Pernah dengar dahulu tetapi tidak ambil peduli, Nasi Ayam Penyek namanya. Aku rasa berselera ketika makan bersama kawanku beberapa bulan lepas.  Set hidangannya simple, tidak berkuah, nasi, ayam berlada, tempe, tauhu dan dihiasi dengan salad dan timun. Makanan ni mesti diperkenalkan kepada ahli keluarga suatu hari nanti.


Sehinggalah pada 07 Februari 2012, fikir punya fikir, nak makan apa, kat mana, teringat!!!...Jom kita pekena Nasi Ayam Penyek. Aku bawa keluargaku ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo tempat dimana, kawan aku... ajak aku, makan dahulu. Restoran ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. 


Sedap!!!  pedas-pedas sedap.


Ayam Goreng dan Air Timun
Ayam Penyek dan Air Tomato
Ayam Bakar dan Air Es Buah
Memang berselera. Anda boleh cuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...