Sunday, August 8, 2010

Gadis Bersama Ular - Ratu Ular Puteri Ariyani


Baru-baru ini, di Perbadanan Mazium Negeri Kelantan mencuri tumpuan orang ramai untuk melihat keberanian Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan, yang tinggal bersama dengan seratus ekor ular berbisa dalam satu pameran ular di muziam tersebut. 




Walaupun nyawa menjadi taruhan, itu bukanlah penghalang buat seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan yang mesra dengan panggilan Puteri, 24, memilih ular sebagai 'teman kerjaya'. Bagi mencapai cita-cita tersebut, beliau kini mempersiapkan diri dengan tinggal bersama 100 ekor ular selama sebulan di Muzium Negeri Kelantan bermula 6 Julai lalu hingga 7 Ogos ini.


Sebelum ini juga, beliau pernah membuat mempersembahkan bagi membuktikan keberaniannya tinggal bersama ular sendok (cobra) selama sebulan sempena pameran ular berbisa dan terbesar di Asia yang diadakan di Dewan Majlis Belia Kelantan, Kota Bharu sejak 23 Ogos 2004.

Puteri memberitahu, beliau berhasrat untuk mencipta rekod dunia dengan menjadi Ratu Ular pertama Malaysia yang menerima pengiktirafan antarabangsa khususnya dalam World Guinness Records. 


Puteri Nor Ariyana begitu menyayangi dan sering bersama ular sawa putih atau Albino Lampro Peltis yang panjangnya 6.1 meter


Sumber : Majalah3, Tripod, Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...