Tuesday, August 3, 2010

Empat Akta Kawal Maklumat Berangkai Dalam Laman Web


Persidangan Dewan Negara dimaklumkan kesemua jenis kandungan berangkai termasuk kandungan laman web di internet adalah tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini. Undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233 yang melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Sebarang tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah berdasarkan kepada kandungan jaringan yang mempunyai unsur-unsur maksiat atau berita yang tidak menyenangkan. Sebanyak 405 aduan telah diterima melibatkan kandungan yang mengandungi unsur lucah (207), mengancam atau bersifat jelik (196) serta sumber-sumber palsu dan sumbang (2).

-- BERNAMA

1 comment:

luahfikiran said...

Salam,
Terima kasih atas maklumat entri ini. Kalau tak ada akta berkenaan sekalipun, kita sebagai bloggers semestinya mengambil perhatian berat atas apa yang kita tulis - niatnya, bahasanya dan kandungannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...