Sunday, July 11, 2010

Misteri Lubuk Yu


Hutan Lipur Lubuk Yu, Ulu Jempol, Maran merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora yang sangat menyegarkan.




Pada 26 Jun lalu, sejenis virus yang dikatakan terdapat di lokasi mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu dipercayai menjadi punca kepada kematian enam orang selepas mereka terlibat dalam operasi menyelamat di pusat perkelahan itu. Kesemua mangsa yang meninggal dunia selepas terlibat dalam operasi menyelamat di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang mengalami simptom yang sama iaitu demam, batuk, pening kepala, muntah, cirit-birit, sakit tulang sendi dan sesak nafas.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan mengklasifikasikannya sebagai bakteria dan pakar perubatan akan menentukan sama ada ia merupakan bakteria ataupun virus. Ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis


Pendedahan oleh Menteri Kesihatan sebenarnya tidak langsung memberi kesan kepada penduduk setempat. Malahan mereka lebih percaya bahawa kesemua mereka telah terkena gangguan makhluk halus (orang bunian). Lubuk Yu memang terkenal dengan kawasan rekreasi yang cukup menarik di daerah ini, namun kini lokasi itu semakin tercemar akibat perbuatan maksiat dikalangan remaja yang menjadikan lokasi itu sebagai "pot" mereka.

1 comment:

luahfikiran said...

Salam,
Bimbang juga kalau perkara yang sama boleh terjadi di kawasan air terjun di tempat-tempat lain. Perlu difikirkan cara-cara pencegahannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...