HARI 03 - 15 OKT 2019 HOLIDAY INN EXPRESS Sarapan pagi di hotel Holiday Inn Express Check-out dari hotel dan bersedia untuk aktiviti hari ketiga. LONDON CITY Lawatan separuh hari di sekitar bandar London dimulakan dengan melawat sekitar kawasan London City Hall . Tower Bridge , jambatan menjadi ikon London; Tower Of London , sebuah istana yang menyimpan banyak sejarah, regalia diraja yang pernah menjadi muzium, kediaman rasmi keluarga diraja, markas tentera, malah pernah menjadi penjara yang berusia lebih dari 900 tahun yang terletak di tebing Sungai Thames. Kemudian kami akan dibawa berjalan ke Buckingham Palace . Istana yang menjadi antara kediaman dan pejabat utama bagi Ratu Elizabeth II yang dibuka sejak tahun 1703. Disini kami berpeluang untuk melihat sendiri upacara pertukaran pengawal, tradisi yang bermula sejak tahun 1689. Lawatan diteruskan melihat ke sekitar London dari dalam bas seperti di - Westminster Abbey , - House of Parliament , - Trafalgar Square ...