Makhraj huruf bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hija'iyyah. Terdapat 5 pembahagian umum kesemuanya. Di dalamnya pula terdapat 17 makhraj huruf khusus. 1. Al-Halq Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum. Teradapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak. 2. Al-Lisan Ia bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah. Makharaj Lidah ini pula terbahagi kepada bahagian 10. 3. As-Syafatain Ia bermaksud bibir mulut. Terdapat 4 huruf Syafatain. Makhraj ini ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja. 4. Al-Jauf Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf MAD yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut. Terdapat 3 huruf MAD yang keluar dari rongga mulut. 5. Al-Khaisyum Ia bermaksud Rongga Hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung. Dengung hanya berlaku pada huruf Mim ( م ) dan Nun ( ن ) yang berbaris mati dan syad...