Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

RAWATAN TERAPI OZON DIHARAMKAN - Bernama

PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon dan mengarahkan semua premis perniagaan termasuk klinik dan salun kecantikan agar berhenti menawarkan perkhidmatan itu serta merta. Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit. "Terapi ozon ini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia ini. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuk membawa kepada kematian," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Selain itu, katanya, setakat ini, tiada mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan terapi ozon yang mendaftarkan mesin mereka dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Justeru, katanya, semua pembuat, pengimport dan pengedar mesin terapi ozon perlu menarik semula pengeda...