Bahan A 2 cawan susu segar 8 keping roti gardenia Bahan B 4 sudu makan gula halus 2 sudu makan mentega 2 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanila 1 sudu makan tepung jagung Bahan C 2 sudu makan kismis hitam Bahan D (Sos Kastard) 1 tin susu cair 2 sudu makan tepung kastard 2 sudu makan gula Cara membuatnya : 1. Hancur atau koyakkan roti dan rendam dalam loyang bersama susu segar selama 30 minit. 2. Kacau dan gaul bahan B 3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang. 4. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit sehingga masak. 5. Gaulkan bahan D sos kastard dan masakkan di atas api yang sederhana kecil. 6. Tuang sos di atas puding semasa menghidang.