YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU, HAJI YANG MABRUR. AMIN Setiap orang yang pergi berhaji mencita-citakan haji yang mabrur. Hadis Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam : Maksudnya " Dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu ia berkata: Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam ditanya: ‘Amal ibadah apakah yang paling utama?’ Beliau bersabda: ‘Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya’. Dikatakan (kepadanya): ‘Kemudian apa?’ Beliau bersabda: ‘Jihad di jalan Allah’. Dikatakan (kepadanya): ‘Kemudian apa?’ Beliau bersabda: ‘ Haji yang mabrur. ’" (HR. Al-Bukhari dan Muslim, lihat Shahih at-Targhiib wat Tarhiib oleh al-Albani 3/3 hadits No.1093.) 8 TIP HAJI MABRUR - Haji yang baik 1. Menunaikan Rukun dan Wajib Haji dengan sempurna. 2. Membuat semua amal-amal kebajikan dan perkara-perkara yang baik. Rujuk Surah Baqarah, Ayat 177 : (6 perkara) Maksudnya : " Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah ...