Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Soal Jawab HAJI - TAWAF

JENIS TAWAF 1. Tawaf Qudum 2. Tawaf Ifadhah 3. Tawaf Sunat 4. Tawaf Umrah 5. Tawaf Nazar 6. Tawaf Wada' SYARAT SAH TAWAF 1. Suci daripada hadas. 2. Suci daripada najis. 3. Menutup Aurat. 4. Dimulakan pada sudut Hajarulaswad. 5. Menjadikan Kaabah di sebelah Kiri. 6. DIlakukan tawaf dalam Masjidilharam dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan. 7. Cukup tujuh kali keliling dengan yakin. SUNAT-SUNAT TAWAF 1. Berjalan kaki. 2. Istilam Hajarulaswad dan mengucupnya. 3. Istilam Rukun Yamani. 4. Berturut-turut tujuh pusingan. 5. Doa dan Zikir. 6. Solat sunat Tawaf. 7. Melakukan idtiba' bagi lelaki iaitu membuka bahu kanan (bagi tawaf yang diikuti dengan sa'i). Sumber :  Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

RESEPI : Gulai Ikan Tongkol

BAHAN UTAMA 1 ekor Ikan Tongkol, ( 1 1/2 - 2 kg seekor, dipotong )     - Guna Ikan Tongkol hitam siripnya lebih panjang  10-15 biji cili api dibuang tangkai. Minyak Masak untuk menumis 6-8 keping asam keping Sedikit asam jawa, cuka, garam dan gula/gula merah BAHAN UNTUK GULAI  1 biji kelapa ambil santan secukupnya. 1 paket kari ikan (atau2 -3 sudu rempah gulai nasi dagang kalau ada). ( dikisar )  6 ulas bawang merah  3 ulas bawang putih  Seinci lengkuas  Seinci kunyit  5-7 biji cili kering  3-4 keping asam keping ( ambil yang digunakan untuk merebus ikan tadi ). Cara Membuat Gulai Ikan Tongkol 1.  Cuci ikan tongkol hingga bersih, potong, rendam dalam air asam jawa atau cuka sekejap. Bilas dan rebus bersama-sama 6-8 keping asam keping, garam dan gula atau gula melaka. Masukan air sehingga ikan tenggelam. Rebus dengan api perlahan sehingga airnya tinggal suku. 2.  ...

RESEPI : Ikan Kukus Serai

BAHAN-BAHAN Bahan A 1 ekor Ikan Bawal Emas 2 cawan air Sedikit Garam 4 batang serai ( diketuk ) Sedikit perahan lemon. Sedikit Daun Sup Sehelai daun serai. Bahan B ( Dihiris ) 3 ulas Bawang Putih 4 biji Bawang Merah 3 inci Halia 5 biji Cili Padi 1 biji Lada Merah CARA MEMBUAT 1. Bersihkan ikan dan sapukan garam pada seluruh ikan. 2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali. 3. Masukkan ikan dengan api yang kuat selama 15 minit. 4. Hidangkan dengan nasi putih. Resepi disediakan pada 21 Nov 2015 untuk hidangan makan tengahari. Sedap !!!

Santai JPPH HQ Family Day

Program Santai JPPH HQ Family Day telah diadakan pada 14 November 2015 di Stadium Tertutup INSPEN. Beberapa acara telah diadakan yang meliputi semua peringkat umur.

JDT Juara Piala AFC 2015

Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). JDT merupakan pasukan Asia Timur pertama yang berjaya memecahkan monopoli pasukan-pasukan Asia Barat pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak AFC diperkenalkan pada tahun 2004. Pertandingan AFC CUP 2015, JDT diletakkan di dalam kumpulan F bersama Kitchee, East Bengal dan Balestier Khalsa. Pasukan JDT melengkapkan aksi terakhir kumpulan F dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. JDT mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia mara ke Separuh Akhir AFC Cup buat pertama kali. Di separuh akhir pertama JDT tewas 3-1 kepada Qadsia SC dari Kuwait. Sebelum berlangsungnya separuh akhir kedua Persatuan Bola Sepak Kuwait di gantung FIFA. Dengan penggantungan Kuwait FA, AFC memutuskan JDT layak ...