Soalan 98 : Ada orang nampak macam wuquf lebih awal sebelum gelincir? Jawapan : Memang ada kerana pendapat mazhab Hambali bahawa waktu wuquf bermula daripada terbit fajar har 9 Zulhijjah . Maknanya pagi lagi sudah boleh wuquf. Mungkin moleknya juga pendapat ini. Sabda Nabi SAW: Maksudnya : "... dan dia telah berwuquf sebelum itu di Arafah malam atau siang, maka sempurnalah hajinya ." ( Riwayat al-Tirmizi no. 819 ) WAKTU WUQUF Dalam hadis ini, siang zahir hadir menunjukkan siang adalah waktu wuquf. Ia tidak terikat dengan gelincir matahari. Namum majoriti ulama menyatakan bahawa amalan Nabi SAW dan khalifah al-Rasyidin menunjukkan bahawa mereka berwuquf selepas gelincir matahari. Oleh itu, boleh sebenarnya untuk kita memulakan wuquf lebih awal sebelum gelincir. Walau bagaimanapun, kenalah tunggu juga gelincir matahari barulah bolhe meninggal Arafah. Soalan 99 : Kena berwuquf siang dengan malamkah? Jawapan : Sunatn...