HARI 01 (22 Jan 2015) - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (City Tour) Penerbangan dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Lebih kurang sejam untuk selesai urusan di airpot. Kami disambut saudara Hj Hj Ab Do Ha Liem, agen tempatan yang akan mengurus lawatan kami disini. Kemudian dibawa kami mendaftar dihotel. Kami menginap di Hotel Thanh Lien yang terletak di 135-137 Ly Tu Trong Street, District 1, District 1 - Ben Thanh Market, Ho Chi Minh City, Vietnam selama kami di sini. Hotel ini berdekatan dengan Pasar Ben Thanh, kedai-kedai menjual baju kurung, jubah dan telekung serta restoran-restoran Muslim. RESTORAN QUAN AN Kemudian kami dibawa untuk makan tengahari. Kami makan tengahari di Restoran Quan An dalam kawaasan Cholon Jamial Mosque (Masjid Jamek Cholon). Sepanjang kami di sini, makan tengahari dan makan malam adalah di kedai ini. Cuma sekali kami makan tengahari di restoran lain, semasa perjalanan pulang dari ...