Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

SELAMAT HARI RAYA 1435H/2014

Hari ini hari Jumaat Dah hampir tiba hari penamat Anak bulan di cari petang ahad Nak sahkan syawal mendapat tempat Sajelah untuk diri dan kawan diingat Takkan raya je nak melawat Apa salahnya malam ni kita muafakat Rumah mak ke, mertua yang berkat Dari dulu sampai sekarang  Inilah punca selalu berperang Kampung You ke I yang riang Maklumlah agenda lain nak di kenang Walau dah kawin bertahun  Kadang kadang hilang sopan dan santun Maklumlah jiwa dan hati meruntun  Terbayang saudara balik berduyun Untunglah yang kahwin piatu Itu semua tak buatkan buntu Rumah terbuka pemimpin tempat di tuju Tahun ni batal kerana PM kita pilu Bagi yang tak balik beraya Duduk merayau di ibukota Bangla, Nepal , Mynmar,Vietnam teman berceria Filipina pun ada yang serupa muka Itu cerita pasal rayanya Belum di khabar pasal makannya ketupat lemang burasak pun nyata atas permintaan tekak semua Ayam , lembu ,kambing tak selamat Kerbau yang hilang pun jumpa alamat...

NUZUL AL-QURAN

SALAM NUZUL AL-AURAN Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘ Al-Quran ’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di...

RESEPI : MEE REBUS HAJI WAHID

BAHAN-BAHAN : ✔ 2 kilo mee kuning, dicelur ✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel ✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar ✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar ✔ 3 ulas bawang putih, dikisar ✔ 3 biji bawang merah, dikisar ✔ 1 inci halia, dikisar ✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar ✔ 3 batang serai, dititik ✔ 1 inci lengkuas, dititik ✔ 5 sudu makan rempah kari daging ✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya ✔ minyak untuk menumis BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING ✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar ✔ 80g tepung gandum ✔ ¼ camca serbuk kunyit ✔ garam ✔ air secukupnya ✔ minyak untuk menggoreng BAHAN HIASAN ✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil ✔ daun sup, dimayang ✔ bawang goreng ✔ telur rebus, dibelah dua ✔ lada hijau, dipotong bulat ✔ taugeh, dicelur ✔ limau kasturi, dibelah dua CARA-CARA PENYEDIAAN CARA TEPUNG UDANG KERING ✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. ✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minya...

DOA BERBUKA PUASA

 Sebuah hadits shahih tentang doa berbuka puasa dari Rasulullah Saw, ذَهَبَ الظَّمَأُ، وابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَاللهُ DZAHABAZH ZHOMA’U. WABTALLATIL ‘URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH "Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan, semoga ada pahala yang ditetapkan, jika Allah menghendaki" (Hadits shahih, Riwayat Abu Daud [2/306, no. 2357] dan selainnya; lihat Shahih al-Jami’: 4/209, no. 467 8) Wallahua’lam