Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

ISU CADBURY : TIADA 'BERSIH DARAH' DAN TIADA SAMAK/SERTU MULUT

Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah. Sebagaimana firman Allah swt ( Surah Ahzab : 5) :   وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا  Ertinya : " Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "  Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam: إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني. Ertinya: " Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka ". ( Riwayat Ibn Majah, sahih) Justeru, tiada istilah ‘ membersihkan darah ’, atau seola...

Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine). Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.  Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk  Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam. "Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (ba...