Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 14, 15 dan 16)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI Soalan  14 : Wanita biasalah ada uzur syarii. Susah juga nak buat haji kalau uzur syarii. Jawapan : Harus baginya menggunakan ubat penahan haid . Nampaknya kebanyakan ulama mengharuskan penggunaanya jika tiada kesan sampingan yang merbahaya . Soalan 15 : Apakah hukum mengerjakan haji untuk orang yang tidak dikenali namanya? Sebagai contoh saya memiliki beberapa orang bapa saudara dan ibu saudara yang meninggal dunia semasa saya masih kecil. Cuma saya tidak mengenali nama-nama mereka. Adakah saya harus mengerjakan haji bagi pihak mereka? Bagaimana melafazkan niat untuk mereka? Jawapan : Hukumnya adalah harus. Niat untuk mengerjakan bagi pihak simati itu pun mencukupi tanpa perlu melafazkannya ( Fatwa : Haji dan Umrah, Cetakan pustaka Imam asy-Syafi'i 2007 hlm.88 ). Soalan 16 : Apakah hukum bagi orang yan buta, tidak dapat berjalan atau cacat untuk mengerjakan ibadah haji? Jawapan : Wajib  jika ada kem...

Soal Jawab HAJI (Soalan 13)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI Soalan  13 : Ada yang malas solat, tapi suka pergi haji. Macam mana hajinya? Jawapan : Solat dan haji adalah rukun Islam. Tapi tentulah solat lebih penting bagi setiap individu Muslim. Ada hadis maksudnya : " Antara seorang lelaki (Muslim) dan syirik ialah meninggalkan solat ." ( Riwayat Muslim no. 256,257 ) Sekiranya dia meninggalkan solat kerana malas maka hajinya sah dan dia berdosa kerana meninggalkan solat. Sebaliknya jika ia meninggalkan solat kerana meremeh-temehkan solat, maka hajinya adalah tidak sah. Orang yang kerap pergi ke Tanah Suci tetapi malas bersolat sebenarnya ditipu syaitan. Maksud hadis : " Sesungguhnya Iblis meletakkan arasynya di atas air, kemudian dia menghantar tenteranya. Maka yang paling hampir kedudukan dengannya itulah yang paling besar fitnah. Salah seorang tentera datang dan berkata bahawa saya melakukan demikian dan demikian, Iblis menjawab bahawa kamu tidak melakukan apa-apa. Kemudian s...

RONDA RONDA PERLIS 10-12 FEB 2013

Percutian Keluarga, pakat-pakat bercuti ke Perlis. Semua berkumpul dan bermalam di Kg. Tasek, Tg, Blanja, Perak sehari sebelum percutian. 10 Feb 2013 Bertolak dari Kg Tasek lebih kurang jam 10.00 pagi. Berhenti rehat di RnR Gurun . Makan Tengahari dan Solat Jamak Zohor/Asar. Teruskan perjalanan ke Komplek Bebas Cukai, Bukit Kayu Hita m. Hanya boleh beli coklat, yang lain terasa mahal. Dari Bukit Kayu Hitam ke Kuala Perlis untuk menikmati Laksa Beras Kak Su . Laksa yang terkenal di Perlis. Selesai makan laksa, kami menuju ke Brilliant Inn di Arau. Disini adalah tempat penginapan kami di Perlis. Kami menginap 2 malam. 11 Feb 2013 Mula acara, bersarapan di Ezee Shoppe 'n' Cafe , Kompleks Tok Arau. Selepas sarapan, kami pergi ke Gua Kelam , lebih kurang 30 minit perjalanan, kami sampai di Gua Kelam. GUA KELAM Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan peka...

KRABI - 4 ISLAND & CITY TOUR

Melancong bersama isteri ke Krabi, Thailand . Sebelum tu cari dan dapatkan maklumat berkenaan Krabi di Internet. Krabi mempunyai lebih 150 pulau dengan pelbagai peluang rekreasi. Diliputi oleh batu kapur Karst dan pantai terpencil yang indah, Krabi menjadi salah satu destinasi yang paling menarik di dunia. 01 FEB 2013 - HARI PERTAMA Bertolak dari rumah ke LCCT untuk penerbangan ke Krabi. Penerbangan kami dengan AirAsia ke Krabi mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit. Kami sampai kira-kira jam 1.40 petang waktu Krabi. Kami dijemput oleh wakil ajen pelancongan, Encik Rachan. Bersama kami ada beberapa pelancong lain. Kami terus dibawa ke bandar Krabi untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, kami dibawa terus ke hotel. Kami menginap di Krabi Heritage Hotel di pekan Ao Nang. Petang ini acara bebas, siar-siar di Ao Nang. Ao Nang ( อ่าวนาง ) adalah titik tengah wilayah pantai Krabi, Thailand. Pekan ini mempunyai jalan utama yang dipenuhi dengan restoran, pub,...