Le Tour de Langkawi 2012 Le Tour de Langkawi 2012 merupakan percutian kami sekeluarga ke Pulau Langkawi dan singgah sebentar ke tempat-tempat berdekatan dengan nya pada 11-14 November 2012. Percutian ini telah dirancang awal iaitu sebulan sebelum dari tarikh percutiaan. Semua tempahan hotel, kami lakukan melalui internet. Kami juga menggunakan perkhidmatan agen pelancongan di Langkawi, untuk ke destinasi-destinasi yang dirancang. Nama Langkawi berasal " Lang " adalah singkatan " helang " manakala " kawi " bermaksud perang merah (coklat) di zaman melayu purba. Langkawi merupakan sebuah kepulauan yang terdiri gugusan 99 buah pulau. Pulau Langkawi terletak di luar pantai barat Malaysia, pantai negeri Kedah, dekat dengan negeri Perlis dan di selatan Thailand. Sejak dianugerahkan status pulau bebas cukai, Langkawi melonjak menjadi destinasi percutian antarabangsa yang terkemuka. HARI PERTAMA 11 NOV 2012 Padang Besar Dari kampung, kami bertolak me...