13 September 2012, Pasangan Diraja Britain, Putera William dan isteri, Catherine (Duke dan Duchess of Cambridge) membuat lawatan rasmi empat hari ke Malaysia. Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama sembilan hari pasangan diraja itu, ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi mewakili Ratu Elizabeth II bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda. Sepanjang lawatan ke negara ini, pasangan diraja itu akan melawat Hospis Malaysia, pertubuhan amal yang menawarkan penjagaan paliatif profesional kepada pesakit menghidap penyakit hayat terhad, Taman KLCC dan Lembah Danum, hutan hujan tropika utama, di Sabah. Mereka dijadual berangkat ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untuk meneruskan lawatan.