Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Minda Tajdid : SESIAPA MENYERUPAI SESUATU KAUM ...

Kesimpulannya Kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim. Untuk keterangan terperinci, sila layari   Minda Tajdid - Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sambutan Maulidur Rasul 1433H - MTCJ

Klip Video : Sambutan Maulidur Rasul 1433H                    Kariah Masjid Taman Cheras Jaya, Selangor Lagu : Selawat Nabi Artis : Ustaz Amal

Ayam Penyek Bandar Baru Bangi

Pernah dengar dahulu tetapi tidak ambil peduli, Nasi Ayam Penyek namanya. Aku rasa berselera ketika makan bersama kawanku beberapa bulan lepas.  Set hidangannya simple, tidak berkuah, nasi, ayam berlada, tempe, tauhu dan dihiasi dengan salad dan timun. Makanan ni mesti diperkenalkan kepada ahli keluarga suatu hari nanti. Sehinggalah pada 07 Februari 2012, fikir punya fikir, nak makan apa, kat mana, teringat!!!. .. Jom kita pekena Nasi Ayam Penyek . Aku bawa keluargaku ke Restoran Ayam Bakar Wong Solo tempat dimana, kawan aku... ajak aku, makan dahulu. Restoran ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.  Sedap!!!  pedas-pedas sedap. Ayam Goreng dan Air Timun Ayam Penyek dan Air Tomato Ayam Bakar dan Air Es Buah Memang berselera. Anda boleh cuba.

Perkahwinan Hazril dan Lisa

Majlis Pernikahan Hazril dan Lisa telah diadakan di Masjid Al-Qutubi, Segambut  pada 20 Januari 2012 selepas Solat Asar. Manakala Jamuan dan bersanding sebelah perempuan telah diadakan di Dewan Banquet, Dewan Bahasa dan Pustaka pada keesokan harinya. Pada 28 Januari 2012 giliran rumah pengantin lelaki di Kg. Tasek, Tanjung Blanja, Parit, Perak. Klip video sebagai kenangan. Ya, Allah Sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan agamaMu, Maha Suci Engkau perteguhkanlah tali ikatan di antara kami ini, Limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami, Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, Sesungguhnya hanya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan. Semoga Hazril dan Lisa hidup bahagia ke akhir hayat .