Percutian bersama kawan setaman, keluarga Ibrahim dan Jamalakhir di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 29-30 Disember 2012 iaitu 2 hari 1 malam. Kami 3 keluarga bertolak selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Hj Aminuddin dan Dr Hjh Suzana. Kami sampai lebih kurang jam 4.40 petang. Highway Plus ke Port Dickson begitu sesak, ingatkan ramai dah habis bercuti, tumpu persiapan persekolahan, rupanya tidak, masih ramai bercuti lagi. Lepas check-in, kali ini kena ambil gelang tangan untuk menggunakan kolam mandi. Satu bilik diperuntukan 4 gelan untuk dewasa sahaja, kalau lebih 4 orang, terpaksa bayar untuk tambahan. HARI 1 Selepas solat Asar, kami pun pergi ke kolam mandi. Klip video Jam pukul 7.00 malam, petugas resort mula memerintah semua penghuni untuk meninggalkan kolam. kami pun terpaksalah balik ke bilik penginpan. Selapas solat Maghrib, kami keluar untuk makan malam. Kami singgah di Restoran Geliga Seafood agak meriah sedikit. Selepas makan ma...