Pada petang hari Ahad 23 Oktober 2011, aku ingin memperkenalkan restoran kawanku, Mohamad Fauzi Lazim kepada familiku. Restorannya ialah Restoran Tirai Ratus, terletak Seksyen 3 di Shah Alam. Kalau tak silap restoran ini dibuka pada bulan Februari tahun lepas. Menu popular di Restoran Tirai Ratus adalah Nasi Briyani. Kami bertolak jam 3.00 petang dari rumah, lebih kurang 45 minit kami sampai restoran tersebut. Kami order Nasi Briyani, Mee Tirai, Mes Rabus dan Nasi Goreng Kampung. Masakannya sedap dan harganya pun berpatutan. Boleh cuba. Walau bagaimana pun kami tidak dapat berjumpa beliau kerana beliau ada urusan lain.