Jika pada Ramadhan tahun lepas, heboh diperkatakan seorang YB DAP wanita Cina masuk surau, tetapi Ramadhan yang lalu, kes sebaliknya. Diberitakan pasukan penguatkuasa JAIS membuat serbuan ke atas sebuah gereja. Bunyi serbuan meninggalkan pelbagai tafsiran yang seolah-olah ganas, menceroboh masuk dan pelbagai istilah negatif lain. Berita kejadian ini disensasikan lagi dengan kepentingan politik kepartian, bagi memastikan satu pihak terasa kelihatan dalam keadaan bersalah, manakala satu pihak lagi dilihat jaguh sebenar dalam memperjuangkan Islam. Akhirnya MB Selangor mengarahkan semua YBnya tutup mulut sehingga keluar kenyataan daripada pihak Sultan sebagai ketua agama, serta hasil laporan daripada pihak JAIS. Tidak pasti bagaimana nada minta maaf MB Selangor keatas pihak gereja sehingga menimbulkan pula kemarahan sesetengah pihak dan pertubuhan ‘Islamik-Melayu’. Berita selanjutnya sila klik disini... (klik)