Teks Ucapan Dato' Seri Mohd Najib..(sila klik) PUTRAJAYA, 22 Mac 2011 -- Penjawat awam perlu berani menilai dan mengkaji semula amalan-amalan pada masa kini sebagai usaha untuk melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan sistem penyampaiannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata ini termasuk melihat kembali sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.