Wednesday, November 4, 2015

JDT Juara Piala AFC 2015


Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). JDT merupakan pasukan Asia Timur pertama yang berjaya memecahkan monopoli pasukan-pasukan Asia Barat pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak AFC diperkenalkan pada tahun 2004.

Pertandingan AFC CUP 2015, JDT diletakkan di dalam kumpulan F bersama Kitchee, East Bengal dan Balestier Khalsa.


Pasukan JDT melengkapkan aksi terakhir kumpulan F dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin.


JDT mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia mara ke Separuh Akhir AFC Cup buat pertama kali. Di separuh akhir pertama JDT tewas 3-1 kepada Qadsia SC dari Kuwait. Sebelum berlangsungnya separuh akhir kedua Persatuan Bola Sepak Kuwait di gantung FIFA. Dengan penggantungan Kuwait FA, AFC memutuskan JDT layak ke final secara automatik. Di final JDT bertemu Istiklol kelab dari Tajikistan yang juga layak kerana penggantungan Kuwait FA. Istiklol bertemu Kuwait SC separuh akhir.



Perlawanan akhir Piala AFC 2015 antara pasukan FC Istiklol dan Johor Darul Ta'zim berlangsung di Stadium Central Republican, Dushanbe Tajikistan pada hari Sabtu, 31hb Oktober 2015 pada jam 5.00 petang waktu tempatan (bersamaan 8.00 malam waktu Malaysia). Pada perlawanan tersebut JDT berjaya menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, FC Istiklol dengan  gol 1-0. Jaringan tunggal itu hasil daripada perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22. Dengan kemenangan tersebut, kerajaan Johor telah mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad 1 November 2015 sempena kemenangan JDT merangkul kejuaraan Piala AFC.






Ucapan tahniah kepada Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi tunjang utama dalam mengubah landskap bola sepak di Johor, sehingga berjaya menjulang nama JDT untuk mencapai kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

TAHNIAH JDT
LUASKAN KUASA MU JOHOR



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...