Sunday, August 30, 2015

Soalan Jawab HAJI (Soalan 96 dan 97)

Soalan 96

Ramai jemaah haji begitu teruja dengan wuquf,. Apa benda wuquf itu?


Jawapan

Wuquf adalah rukun haji yang utama. Nabi SAW bersabda:

Maksudnya :
"Haji itu wuquf di Arafah. Maka sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam himpunan, maka (hampir) sempurnalah hajinya." (Rujuk Sunan al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, hadis no. 3016)

So, kemuncak ibadat haji adalah pada hari wuquf yang jatuh pada hari 9 ZUlhijjah. Kalau terlepas hari 9 Zulhijjah, maknanya tidaklah ada haji lagi. Kalau datang awal sejak bulan Syawal lagi untuk haji, mesti juga kena tunggu 9 Zulhijah.

Wuquf sebenarnya mudah sahaja. Ia bermakna menghadirkan diri walaupun sekejap di Arafah pada waktunya. Kalau pergi tidur dan lena di situ pun, wuquf tetap sah. Seeloknya biarlah kita sedar bahawa kita berada di Arafah.



Soalan 97

Hari apa hendak berwuquf? Hari Jumaat atau hari yang lain?


Jawapan

Hari wuquf bukan berdasarkan Jumaat atu Sabtu. Ia berdasarkan tarikh iaitu 9 Zulhijah.

Apabila gelincir matahari 9 Zulhijah, waktu wuquf pun bermula.

Kalau rasa panas sangat boleh tunggu petang sedikit biar redup dulu. Waktunya pun panjang juga iaitu daripada gelincir matahari hinnga terbit fajar hari 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Haji. Ada masa mungkin sekitar 18 jam untuk wuquf.

Walau bagaimana pun, buka sepanjang masa kena wuquf di sana. Kalau berada di Arafah sekadar 5 minit pun sudah OK.




(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...