Tuesday, January 20, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 77 dan 78)

Soalan 77

Ada masanya dapat dilihat jemaah haji yang selekeh. Misai panjang sampai menutup hidung. Tidak tahu nak gunting ke?

Jawapan

Bukan tidak tahu untuk gunting tetapi memang gunting itu pantang semasa ihram. No cukur, no gunting dan no kerat kuku. Rambut tak boleh digunting dan mana-mana bulu juga tidak boleh digunting. Pendek kata biarlah ia seadanya, nak buat juga kenalah dam.

Mungkin inilah hikmah barangkali kenapa disunatkan bercukur, memotong kuku dan sebagainya sebelum ihram.



Soalan 78

Lecehlah macam ini. Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa lagi yang tak boleh?


Jawapan

Pantang Larang Semasa Ihram

1. Berkaitan Seks

 Seks tidak dibenarkan malah hendaklah buat mukadimahnya pun dilarang. Semasa ihram, tumpuan kita hanya untuk ibadat kepada Allah dalam bentuk sebagai hamba. Sebab itu pakaian lelaki tidak berjahit.

2. Minyak Wangi

Tidak dibenarkan. Jadi tidaklah ada rangsangan. Hatta minyak rambut tidak dibenarkan juga. Kiranya memang nampak selekehlah orang yang sedang ihram haji kalau panjang tempoh ihramnya.

3. Akad Nikah / Wali Nikah

Satu lagi, kalau benda berkaitan seks tidak dibenarkan, maka akad nikah juga dilarang. Jadi wali nikah tidak boleh, jadi penganting lagilah tidak boleh.




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...