Thursday, August 14, 2014

Soal Jawab HAJI (Soalan 61, 62 dan 63)

Soalan 61 :

Wanita sedang haid bolehkah bertalbiah?

Jawapan :

Harus kerana talbiah merupakan zikir.



Soalan 62 :

Apakah Nabi juga melaungkan talbiah?

Jawapan :

Ya, Abdullah Ibn Umar r.a. menceritakan bahawa Nabi SAW :

Maksudnya : " ...Meninggikan suaranya lalu berkata : Labbaik ..." (Riwayat Muslim no. 2869)

Dalam riwayat Ibn Majah, disebut bahawa talbiah adalah syiar haji maka hendaklah dikuatkan suara ketika talbiah. (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Manasik, hadis no. 2923)



Soalan 63 :

Bilakah waktu berakhirnya talbiah?

Jawapan :

Waktu berakhir apabila sampai waktu melontar Jamrah Aqabah pada hari raya nanti. Al-Fadl Ibn Abbas r.a. menceritakan:

Maksudnya : "Maka sentiasa Nabi SAW bertalbiah hingga melontar Jamrah Aqabah" (Riwayat al-Tirmizi, no. 918)




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...