Skip to main content

Apakah Madu Lebah Penyembuh Kepada Semua Penyakit?


Soalan:

Bukankah Madu Lebah itu adalah penawar bagi  umat Islam? Tetapi mengapa perkara yang berlainan berlaku kepada anak saudara saya. Setiap kali dia meminum madu sakit ususnya bertambah teruk. Mengapa perkara ini berlaku? sedangkan saya ada mendengar bahawa Rasul SAW menyatakan madu lebah itu adalah penawar dan penyembuh. Mohon penjelasan dari ustaz.

Jawapan:

Allah SWT berfirman:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتاً وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ . يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap jenis buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.” (al-Nahl: 68-69)


Di dalam ayat ini Allah menyebut kalimah شفاء dalam bentuk Nakirah (tidak dikhususkan kepada sesuatu maksud), ia memberi maksud sebahagian, iaitulah madu itu merupakan ubat atau penyembuh kepada sebahagian penyakit, ia bukan bermaksud ubat kepada seluruh penyakit. Jika ia merupakan ubat kepada semua penyakit, maka sudah tentu tiada keperluan untuk Allah SWT menciptakan ubat yang lain lagi.

Al-Hafidz Ibn Kathir RH berkata:

وقوله : ( فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ) أي : في العسل شفاء للناس من أدواء تعرض لهم . 
قال بعض من تكلم على الطب النبوي : لو قال فيه : " الشفاء للناس " لكان دواء لكل داء ، ولكن قال ( فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ) أي : يصلح لكل أحد من أدواء باردة ؛ فإنه حار ، والشيء يداوى بضده

Maksdunya: “Dan firman Allah (yang bermaksud): “di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.” Iaitulah pada madu itu merupakan ubat/penyembuh bagi manusia dari beberapa penyakit yang menimpa mereka. sebahagian (ulama) yang berbicara tentang perubatan nabawi menyebut: “Sekiranya (Allah) berfirman: الشفاء للناس, (dengan makrifah) maka ia merupakan ubat kepada semua jenis penyakit, akan tetapi (Allah) berfirman: فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ iatulah membawa maksud ia boleh menjadi ubat kepada seseorang yang terkena penyakit-penyakit yang bersifat sejuk, kerana madu itu panas, dan sesuatu itu menyembuhkan sesuatu yang berlawanan dengannya.”  (4/582)

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula ketika berbicara tentang faedah madu dan manfaatnya ketika menjawab soalan pada bilangan 9691 berkata:

Maksudnya: “Dan sebahagian pesakit mengambil beberapa teguk madu lebah, dia menyangka madu tersebut dapat menjadi ubat kepada penyakitnya bahkan penyakit-penyakit lain yang dideritainya. Anggapan ini amat jauh dari kebenaran syarak dan dari reality yang berlaku. kadang-kadang terdapat beberapa perkara yang dapat menghalang perawatan dengan menggunakan madu lebah, antaranya:

1.Penyakit itu bukanlah dari jenis yang mana madu menjadi sebab penyembuhannya.
2.Madu lebah diambil dalam jumlah yang sedikit, sedangkan penyakit memerlukan lebih banyak madu dari yang dia ambil.
3.Madu lebah bukan menjadi kebiasaannya
4.Atau ia juga (rawatan tidak berjaya dengan madu) merupakan salah satu ujian, bagi menguji kesabaran pesakit seterusnya ditambah kepadanya pahala.
5.Di dalam tubuh terdapat beberapa penghalang yang menghalang dari menerima faedah-faedah ubat, seperti halnya seorang perokok atau peminum arak.

Dari Abi Sa’id RA katanya:
أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : أَخِي يَشْتَكِي بَطْنَهُ فَقَالَ : ( اسْقِهِ عَسَلًا ) ، ثُمَّ أَتَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : ( اسْقِهِ عَسَلًا ) ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ فَقَالَ : ( اسْقِهِ عَسَلًا ) ، ثُمَّ أَتَاهُ ، فَقَالَ : قَدْ فَعَلْتُ ، فَقَالَ : ( صَدَقَ اللَّهُ وَكَذَبَ بَطْنُ أَخِيكَ اسْقِهِ عَسَلًا ) فَسَقَاهُ فَبَرَأَ 

Maksudnya: “Seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi SAW dan berkata: “Saudaraku menderitai sakit perutnya (cirit-birit).” Baginda bersabda: “Berikan dia minum madu lebah.” (setelah itu) dia datang kali kedua, baginda menjawab: “Berikan dia minum madu lebah.”, kemudian dia datang lagi kali ketiga, baginda bersabda: “Berikan dia minum madu lebah.” Kemudian orang itu datang kepada baginda dan berkata: “Aku telah melakukannya.” jawab baginda SAW: “Sesungguhnya benarlah Allah (dalam berkata-kata tentang madu yang bersifat penyembuhan), namun perut saudaramu mendustainya. Berikan lagi dia minum madu.” Lalu lelaki itu berikan lagi saudaranya meminum madu, lalu saudaranya menjadi sembuh.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “Maksud perkataan Nabi (yang diterjemahkan sebagai) “Namun perut saudaramu mendustainya” iaitulah perutnya belum boleh menerima penyembuhan, sebaliknya berpaling darinya. Sebahagian orang yang menyeleweng membantah dengan berkata: “madu lebah boleh menjadikan cirit-birit, maka bagaimana baginda boleh menyuruh dibuat ubat untuk orang yang terkena cirit-birit?” Maka jawapannya ialah: “soalan sebegini menunjukkan kejahilan orang yang bertanya, ianya seperti firman Allah (maksudnya): “Bahkan yang sebenarnya mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna…” (Yunus: 39), sedangkan para doktor telah bersepakat bahawa sesuatu penyakit berbeza rawatannya kerana berbeza umur, kebiasaan, masa, kebiasaan makanan yang diambil dan kekuatan tabi’at… dan tiada sesuatu yang sama seperti madu, terutamanya jika dicampur dengan air panas. Hanya yang menyebabkan dia tiada memberi kesan ketika mengambilnya kali pertama, kerana ubat semestinya ada kuantiti tertentu bergantung dengan penyakit. Jika ubat itu kurang, maka ia tidak dapat menolak penyakit secara keseluruhan, jika terlebih pula ia akan melemahkan kekuatan dan mendatangkan kemudharatan yang lain pula, seperti seseorang yang meminum madu dalam jumlah yang tidak dapat melawan penyakit. Maka baginda (SAW) menyuruh orang tersebut membiasakan meminum madu, ketikamana diulang meminumnya bersesuaian dengan penyakit, maka akan sembuh dengan izin Allah Ta’ala. Manakala sabda Nabi SAW (yang diterjemahkan): “namun perut saudaramu mendustainya” ia merupakan isyarat bahawa ubat/penawar ini (madu) bermanfaat, manakala kekalnya penyakit bukan kerana kelemahan ubat, akan tetapi disebabkan banyaknya perkara-perkara yang tidak elok, lalu baginda menyuruh untuk membiasakan meminum madu untuk membuangnya, maka dengan perkara tersebut, dia sembuh dengan izin Allah.” (Fath al-Bari 10/169-170)

Perkara seumpama dengan madu yang memiliki penyembuhan, iaitulah yang dinyatakan oleh Nabi SAW tentang al-Habbah al-Sauda’ (bijirin hitam). Baginda bersabda:

في الحَبَّةِ السوْدَاءِ شِفَاءٌ من كل دَاءٍ إلاَّ السَّام

Maksudnya: “Pada al-Habbah al-Sauda adanya ubat bagi setiap penyakit, melainkan kematian.”  (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sighah hadis ini adalah umum, tidak seperti ayat al-Quran ketika menyebut tentang madu. Sekalipun demikian tiada di kalangan ulama yang mengatakan hadis ini difahami secara zahirnya yang umum, iaitu ia bermanfaat untuk semua penyakit. Sebaliknya al-Habbah al-Sauda’ juga sama sepertimana Madu lebah. Al-Hafidz Ibn Hajar RH berkata: “al-Khattabi berkata: “Sabdaan Nabi SAW: “(al-Habbah al-Sauda’) adalah ubat bagi setiap penyakit.” Ia adalah lafaz umum yang memaksudkan khusus, kerana bukan dari kebiasaan sesuatu tumbuhan menghimpunkan ciri-ciri rawatan bagi semua penyakit, sebaliknya maksud ia (Habbatussauda’) ubat bagi semua penyakit yang berlaku dari lembapan.” Abu Bakar bin al-‘Arabiy berkata: “Madu di sisi para doktor lebih hampir menjadi ubat bagi semua penyakit berbanding habbatussauda’. Sekalipun demikian, terdapat juga beberapa penyakit yang jika diminum madu, ia akan mendatangkan mudharat. Maka yang dimaksudkan bagi madu itu ubat kepada semua penyakit ialah kebanyakan dan kebiasaan. Maka demikianlah yang lebih utama difahami dengan habbatussauda’.” Berkata yang lain pula: “Baginda Nabi SAW mensifatkan sesuatu ubat berdasarkan apa yang baginda perhatikan dari keadaan pesakit, maka mudah-mudahan sabdaan baginda tentang habbatussauda’ bersesuaian dengan penyakit yang menimpa seseorang yang bercampur dengan sesuatu yang sejuk. Maka jadilah makna: “Ubat bagi setiap penyakit” ialah penyakit dari jenis yang dinyatakan, dan pengkhususan berdasarkan keadaan sebab (di dalam hadis) adalah banyak lagi tersebar luas.”

Oleh yang demikian kami menasihati puan yang bertanya untuk merujuk penyakit anak saudara puan kepada doktor pakar agar beliau mendapat rawatan yang sewajarnya. Dengan itu kita dapat kenalpasti apakah penyakitnya sesuai dirawat dengan madu ataupun tidak.

Wallahu a’lam.



Sumber: islamqa.com

Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem