Wednesday, October 2, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 48 dan 49)

BAB 5 - MIQAT HAJI

Soalan 48 :

Kalau dilihat jarak antara setiap tempat miqat yang jauh dari Makkah, sudah tentu ada Bandar atau kampong antara Makkah dan tempat miqat. Penduduk di situ, di mana mereka perlu bermiqat?

 Jawapan :

Di mana tempat mereka tinggal, di situlah mereka beihram. Miqat tadi hanya untuk orang yang di luar dari miqat. Kiranya untuk sampai ke Makkah, sudah ada sempadan daripada beberapa penjuru. Adapun yang berada dalam kawasan miqat, mereka hanya berihram di tempat mereka sahaja. Ini berdasarkan sabda nabi SAW :

Maksud :

"Dan mereka yang kurang jaraknya daripada miqat yang ditentukan, maka kawasan miqatnya di tempat mereka sendiri hingga penduduk Makkah miqat mereka di Makkah." (Riwayat al-Bukahri)

Orang yang melalui miqat ini hendaklah berihram di situ.




Soalan 49:

Seorang pramugara telah bertugas dalam kapal terbang yang ingin mengerjakan haji. Beliau telah berniat sewaktu melintasi Qarnul Manazil tetapi masih lagi memakai pakaian kerja. Apakah hukum hajinya?

Jawapan :

Hajinya adalah sah, cuma dia dikenakan dam kerana melanggar pantang larang dalam ihram iaitu memakai pakaian berjahit.





Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...