Thursday, September 16, 2010

Kecekapan polis tangani kes Sosilawati dapat pujian PM

Datuk Seri Najib Razak memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dapat menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.

Sambil menyampaikan ucapan syabas dan tahniahnya kepada PDRM, Perdana Menteri mahu pasukan polis turut diberi ruang dan masa untuk menguruskan kes berkenaan agar semua yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

"Saya berharap mereka dapat mencari bukti-bukti yang jelas yang boleh dikemukakan di mahkamah supaya mahkamah tidak merasa ragu untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal degan angkara yang cukup kejam yang telah dilakukan oleh mereka itu," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat peringkat Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang menyifatkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu berusia 47 tahun dan tiga rakannya yang lain telah selesai.

Tiga yang lain pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB bank cawangan Kampung baru, di sini, Noorhisham Mohamad, 38 dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor

Persoalan : 
Jika simati jutawan kosmetik bukan orang terkenal, adakah polis akan berjaya dalam menyelesaikan kes tersebut ?


Suspek utama kes bunuh Sosilawati disyaki terbabit kes-kes lain

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya ada menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak tahun 2005 yang membabitkan kerugian RM7.1 juta. Ditanya sama ada peguam itu "membeli" polis-polis di Kuala Langat, katanya jika sesiapa mempunyai maklumat sedemikian mereka boleh melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita tidak akan lindungi orang kita yang menyeleweng," tegas Khalid.

Sumber : Bernama, MyMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...