Thursday, July 29, 2010

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia



Latar Belakang Sejarah :

Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.



Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. 
 


Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang mempunyai terowong yang terbesar di dunia.


Satu lagi tarikan utama di sini ialah Gua Air Jernih iaitu gua yang terpanjang di Asia Tenggara. Gua-gua yang besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta ekor kelawar dan burung layang-layang yang terbang keluar berkumpulan menuju ke hutan setiap waktu senja!



Pelawat yang gemarkan alam semulajadi akan merasa kagum dan teruja melihat contoh terbaik luluhawa batu kapur tropika termasuk kawasan rabung batu kapur yang tajam serta ngarai yang dalam yang diberi gelaran 'The Pinnacles'.



Resort di sini menawarkan pelbagai pilihan pendakian yang sukar tetapi memuaskan hati. Pelawat disarankan menggunakan khidmat pemandu pendakian dan pengangkut barang.

Bot ekspres
Anda juga boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram (perjalanan selama tiga jam) ke Marudi. Dari Marudi, naik bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panai di Sungai Tutoh (sebatang anak sungai, Sungai Baram). Bot ekspres ini berlepas dari Marudi setiap hari pada waktu tengahari dan kembali ke Marudi awal pagi keesokan harinya. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira tiga jam.


Penerbangan
Syarikat Penerbangan Malaysia (Maswings) mengendalikan tiga penerbangan harian dari Miri ke Mulu (penerbangan selama 30 minit).


Pastikan anda sampai di Gua Rusa menjelang jam 6 petang untuk menyaksikan pemandangan hebat berjuta-juta ekor kelawar yang terbang keluar dari gua untuk mencari makanan di dalam kegelapan malam. Tetapkan kamera anda pada tahap ASA 800 untuk mengambil gambar 'pertunjukan' ini dengan jelas kerana lampu kamera anda tidak dapat membantu dalam usaha menangkap gambar ini.




2 comments:

luahfikiran said...

Salam NB,
Menarik tempat ini. Terpikat dan terasa hati nak pergi.

zul naruto said...

heei kalau ade duit best melancung kat taman tuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...