Friday, February 5, 2016

Soal Jawab HAJI (Soalan 128, 129 dan 130)

Soalan 128 :

Selalunya tempat tawaf sesak. Apa kata kalau kita tawaf tengah malam? Orang kurang banyak ketika itu.


Jawapan :

Kalau musim haji, tempat tawaf biasanya ramai orang. Lebih-lebih lagi apabila kemuncak haji sekitar 9 hingga 10 Zulhijah. Malah, waktu malam pun ramai juga.

Apa pun, tidak menjadi masalah untuk siang atau malam, pagi atau petang. Semuanya boleh dilakukan.

Sabda Nabi SAW :

Maksudnya : "Wahai Bani Abdi Manaf! Janganlah kamu menegah seseorang pun bertawaf di Kaabah dan bersolat pada mana-mana waktu yang dia sukai daripada malam atau siang." (Riwayat al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, hadis no. 2924).



Soalan 129 :

Kalau dekat Kaabah sesak, apa kata kalau kita tawaf jauh sedikit. Umpamanya di atas bumbung?


Jawapan :

Boleh dengan syarat tawaf dalam kawasan Masjidiharam.



Soalan 130 :

Katanya tawaf macam solat. Kalau sembnag sikit-sikit macam mana?


Jawapan :

Memanglah tawaf macam solat, tapi untuk bersembang tidak ada masalah. Boleh bercakap.

Ibn Abbas berkata :

Maksudnya : "Tawaf di Kaabah adalah (sebagaimana) solat, melainkan Allah menghalalkan padanya berkata-kata. Sesiapa berkata-kata hendaklah yang baik-baik." ( Riwayat al-Darimi, hadis no. 1900)

Tapi eloknya janganlah bercakap. Kalau perlu, bercakaplah. Kalau tidak perlu, berzikirlah.

Oleh itu, diumpamakan tawaf seperti solat. Dalam solat, tidak harus bercakap melainkan zikir dan al-Quran sahaja. Oleh kerana tawaf seperti solat dari sudut pahala atau pada kebanyakan hukum, maka kurangkanlah percakapan walaupun ada keharusan untuk bercakap.





(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...