Wednesday, February 3, 2016

Soal Jawab HAJI ( Soalan 125, 126 dan 127)

Soalan 125 :

Orang kata kalau dapat solat sunat selepas tawaf di belakang Maqam Nabi Ibrahim a.s., bagus sangat. betulkah?


Jawapan :

Itulah yang afdalnya. Solat sunat Tawaf selepas selesai tawaf. Tempatnya di belakang Maqam Ibrahim.

Cuma susah juga kalau hendak tunggu giliran. Apapun, yang penting tawaf dahulu. Kemudian bersolat sunat dua rakaat. Di mana pun solat sunat tawaf boleh dilakukan. Yang penting dalam Masjidilharam.



Soalan 126 :

Orang Makkah kena tawaf Quddum jugakah?


Jawapan :

Ya, sunat baginya, Walau bagaimanapun, kalau kita buat umrah, tidaklah disunatkan tawaf Qudum. Tawaf umrah sahaja sudah memadai.



Soalan 127 :

Banyak doa yang hendak dibaca setiap kali tawaf. Mana mampu hendak inga?


Jawapan :

Doa ini amalan yang dituntut. Lebih-lebih lagi semasa tawaf, yang mana ia untuk zikir kepada Allah. Kalau tidak ingat doa setiap pusingan tawaf, bacalah doa mudah.

Antaranya Abdullah Ibn Saib r.a. menceritakan bahawa beliau mendengar Nabi SAW berkata antara rukun Yamani dan Hijir :


Maksudnya : " Ya Allah! Berikanlah kami di dunia akan kebaikan dan di akhirat akan kebaikan dan peliharalah kami daripada azab neraka." (Riwayat Ibn Abi Syaibah no. 15815 dan Abu Daud no. 1892)

Eloknya doa setiap pusingan tawaf ini doa yang diambil daripada Nabi SAW. Kalau ada silakan. Kalau tidak, bacalah doa mudah sahaja. Dalam buku-buku panduan haji, biasanya tercatat doa setiap pusingan tawaf. Tidaklah doa khusus yang terdapat dalam buku itu bersumber daripada Nabi SAW.






(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...