Wednesday, November 26, 2014

22 NOV 2014 - FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX


Perlumbaan Formula E adalah kejohanan baharu FIA melibatkan kereta elektrik sepenuhnya yang berlangsung di litar jalanan di 10 bandar raya utama di seluruh dunia termasuk Beijing, Berlin, London dan Miami. 


Putrajaya dengan litar jalanan sepanjang 2.56 kilometer adalah venue kedua kejohanan selepas Beijing, China pada 13 September lepas. Sebanyak 20 pelumba bertaraf antarabangsa daripada 10 pasukan bersaing menggunakan kereta berkuasa elektrik.


Pemandu pasukan Virgin Racing, Sam Bird menampilkan persembahan menakjubkan untuk melakar kemenangan pada perlumbaan Formula E di litar jalanan Putrajaya. Memulakan saingan di petak kedua, Bird melengkapkan 31 pusingan perlumbaan dengan catatan 51 minit 11.979 saat meninggalkan juara pusingan pertama di Beijing, China, Lucas Di Grassi dari pasukan Audi Sport ABT di kedudukan kedua.

AKSI pelumba Britain dan pasukan Formula E Virgin Racing, Sam Bird
Pelumba Switzerland yang juga bekas pelumba Formula Satu (F1), Sebastien Buemi dari pasukan E.Dams-Renault ketiga sekalipun memulakan perlumbaan di petak ke-19 daripada 20 pelumba yang mengambil bahagian.

Di Grassi, pelumba kelahiran Brazil yang memulakan perlumbaan di petak ke-18 ketinggalan 4.175 saat di belakang Bird namun terus memimpin carta pendahulu Formula E selepas mengumpul 43 mata. Bird kedua selepas mengumpul 40 mata.



Kejohanan antarabangsa ini turut mendapat liputan meluas daripada 120 stesen televisyen di seluruh dunia. Kejohanan FIA Formula E akan terus diadakan di Malaysia agar dapat menjadi sukan bermotor berkuasa elektrik yang popular di samping mempromosikan negara di persada antarabangsa.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...