Monday, November 11, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 53 dan 54)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH

Soalan 53 :

Apakah hukum melafazkan niat untuk mengerjakan haji?

Jawapan :

Hukumnya sunat.

1. Lafaz haji

 نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

 Maksudnya :

"Sahaja aku berniat haji, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala."


2. Lafaz umrah

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

 Maksudnya :

"Sahaja aku berniat umrah, dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala."


3. Lafaz haji dan umrah serenatk (Haji Qiran)

 نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

 Maksudnya :

"Sahaja aku berniat haji dan umrah, dan aku berihram dengan kedua kerana Allah Taala."



Soalan 54 :

Kalau tidak dilafazkan di mulut tetapi sekadar niat ihram di hati sahaja, apakah hukumnya?

Jawapan :

Harus. Yang dilmulut itu kira macam kosmatik sahaja. Hati yang lebih penting. Wajib.





Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...