Skip to main content

DI AMBANG RAMADHAN


Antara sedar atau tidak, rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan yang sering disebut dan ditunggu-tunggu ketibaannnya yang datang sekali lagi menemui kita. Ahlan Wa Sahlan Marhaban Bika Ya Ramadhan! Ada dikalangan kita yg berdoa kepada Allah sejak kedatangan bulan Rajab lagi dengan doa yang penuh makna dan harapan:

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah hidup kami menempuh bulan Ramadhan".


Sehubungan dengan ini, terdapat suatu riwayat yang menyebutkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah masih hidup, Baginda pernah menyampaikan kuliah selepas maghrib pada akhir bulan Syaaban sebagai mengingatkan kepada muslimin dan muslimat yang bersama baginda ketika itu mengenai kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Kuliah yang sangat bermakna itu dirakam oleh Ibn Huzaimah dalam Sohih Ibn Huzaimah. Intisari daripada kandungan kuliah tersebut ialah:

Rasulullah s.a.w. mengingatkan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia itu, dimana ia mempunyai kelebihan yg tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain sepanjang tahun. Antara kelebihannya ialah:

Pertama : Allah mengurniakan salah satu malam dalam bulan itu sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan;

Kedua : Ramadhan adalah bulan menguji kesabaran; puasa pada siang hari menjadi fardhu dan qiam pada malamnya pula sebagai nafilah atau sunat;

Ketiga : Sesiapa yang melakukan perkara kebaikan pada bulan itu ia akan mendapat pahala tujuh puluh kali ganda amalan fardhu yang dibuat pada bulan-bulan lain;

Keempat : Ramadan bulan kebajikan, sesiapa yang memberi makanan untuk orang yang berbuka puasa ia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, walaupun sekadar bersedekah seteguk air atau sehirup susu;

Kelima : Dipermulaan bulan Ramadhan adalah rahmah atau belas kasihan daripada Allah, dipertengahannya pula keampunan dan maghfirah, bahkan dipenghujungnya bebas dari api neraka.

Justeru, di ambang Ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengambil iktibar dan memuhasabah diri daripada kuliah Baginda Rasulullah s.a.w sepertimana berikut:

Pertama : Ramadhan adalah bulan yang Allah berikan peluang kepada umat Islam untuk meraih sebanyak mungkin lambakkan jongkong-jongkong pahala yang dijanjikan kepada orang yang berpuasa. Amalannya tidaklah sangat berat, tetapi ganjarannya berlipat ganda dan sangat lumayan. Oleh itu beberapa soalan yang mesti kita lontarkan ke dalam benak fikiran kita ialah: Tidakkah dengan tawaran-tawaran yg dijelaskan oleh Rasulullah itu sudah cukup membuatkan kita teruja untuk berjumpa dan bersama Ramadhan sekali lagi?, Adakah kali ini kita dapat mendakap Ramadhan seeratnya hingga ke saat Ramadhan beredar meninggalkan kita?. Atau apakah kita memilih sikap dingin dan tidak kisah sehingga kita menjadi orang yang sangat malang kerana apabila Ramadhan berlalu tidak seberapa pun yg kita perolehi? Mungkinkah kita tergolong di kalangan yang telah disindir oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud:

"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan hanya lapar dan dahaga sahaja".

Kedua : Ramadhan adalah bulan menguji dan menyuntik erti kesabaran; sabar dalam melaksanakan apa-apa perintah, akur dan patuh meninggalkan larangan Allah walaupun terpaksa berperang dengan nafsu syahwat dan runtunan syaitan yang terdiri dari makhluk jin dan manusia.

Justeru, orang yang sedang berjuang menjalani ibadah puasa adalah dimuliakan Allah setiap masa, mereka umpama seorang mujahid yang sedang berada di medan perang untuk meneruskan perjuangan demi perjuangan. Kemuncak penghargaan Allah tersebut dapat difahami dari hadis Nabi yang diriwayatkan oleh 
dimana Rasulullah s.a.w bersabda:


"Tidur orang yg berpuasa diberi pahala sebagai ibadah, diamnya sebagai sedang bertasbih, balasan pahalanya berlipat ganda, doanya diperkenan dan dosanya pula diampun". (Riwayat al-Baihaqi)

Ketiga : Kemuliaan Ramadhan yangg dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya yang beriman sememangnya mempunyai kaitan rapat dengan penurunan al-Quran.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 :

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah...".

Malam penurunan Al-Quran juga disebut sebagai malam "Lailatul Qadr" atau malam penilaian. Pada malam tersebut para Malaikat diperintah turun beramai-ramai ke dunia sebagai merayakan penurunan sebuah lagi kitab dari langit yang penuh dengan pertunjuk Ilahi kepada manusia. Ia merupakan kitab suci yang terakhir dan diturunkan kepada Nabi yang terakhir. Al-Quran adalah kitab panduan hidup yang lengkap, sesiapa yang mematuhi dan mengikuti ajarannya ia akan berada di jalan yang selamat, sebaliknya sesiapa yang berdegil tidak mematuhinya ia adalah orang yang sesat di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 1-2:

"Alif, Lam, Ra', (kitab) Al-Quran yang Kami telah menurunkannya kepada Engkau (wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya daripada kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; kecelakaan besar bagi orang yang kafir kerana azab yang sangat pedih (bakal menimpa mereka kelak)".

Setelah Ramadhan demi Ramadhan kita sambut, Nuzul Quran demi Nuzul Quran kita rayakan dulu, kini dan selama-lamanya, namun persoalannya ialah: Adakah kita akur, redha dan tenang menerima Al-Quran sebagai panduan hidup kita?. Adakah kita terasa bertuah menjadi umat yang dikurniakan Al-Quran yg mulia ini? adakah kita telah bersedia menjunjung Al-Quran dan mematuhinya sebagai peraturan disegenap aspek kehidupan kita?. Adakah kita mengambil sikap tidak kesah pun terhadap Al-Quran dan pertunjuknya? Apakah kita mengambil sikap pura-pura tidak mendengar apabila orang mengatakan kepada kita sebagai orang yang tidak celik Al-Quran, sedangkan dalam pepatah warisan kita ada kecaman dalam bentuk pantun yg berbunyi:

Sorong papan tarik papan,

Buah keranji di dalam perahu,

Suruh makan dia makan,

Mengaji Al-Quran dia tak tahu.

Soalan-soalan yang berkaitan dengan Al-Quran tersebut adalah soalan yang mesti dijawab dan tiada pilihan, soalan-soalan tersebut akan dikemukakan mengikut giliran yang dirahsiakan oleh yang Maha mengetahui segala rahsia. Apakah sebentar lagi? esok , lusa? tahun ini atau tahun hadapan atau bila-bila masa? Tiada siapa yang tahu.

Sesungguhnya beruntunglah orang yg telah bersedia dengan amalannya, dia pasti akan dapat menjawabnya dengan lancar tanpa ragu, kerana praktis hidupnya yang sentiasa iltizam terhadap Al-Quran membantu ia menjawab dengan mudah. Sebaliknya orang yang tidak mengambil berat terhadap Al-Quran, mereka tidak berusaha dan tidak berjihad untuk pandai membaca Al-Quran, malah mereka lalai, malas, angkuh, dan sombong, sudah pastilah mereka akan gugup dan gementar yang tak terperi semasa soalan-soalan itu dikemukakan.

Dalam kesempatan yang mulia ini, di ambang Ramadhan yang berbarakah, marilah kita mengkoreksi diri dengan menjadikan Ramadhan sebagai titik perubahan dalam diri, keluarga, masyarakat dan ummah kepada yang lebih cemerlang dan beristiqamah.

Marilah kita bermunajat kepada Allah agar kita diberi peluang sekali lagi untuk membetulkan segala kesilapan dan kecuaian yang lalu dan akhirnya kita diizinkan melangkah pintu syurga tanpa apa-apa sekatan dan halangan.

"Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang baik daripada apa yang mereka telah kerjakan".
(An-Nahl: 97)


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem