Tuesday, April 10, 2012

Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan


3 April 2012. Setelah selesai tugas, saya mengambil peluang melawat tempat-tempat yang menarik di Sandakan. Salah satunya adalah Rainforest Discovery Centre (RDC). Fungsi utama RDC ialah untuk mewujudkan kesedaran dan penghargaan orang awam tentang kepentingan pemuliharaan hutan, serta penggunaan sumber hutan yang mampan.



RDC telah dibuka pada Ogos 2006 kepada orang ramai dan telah menjadi salah satu tempat yang menarik perhatian pelancong yang datang berkunjung ke Sandakan. Bersama-sama dengan Sepilok Rehabilitation Centre yang berdekatan, adalah diharapkan bahawa RDC akan membantu meningkatkan pelancongan di daerah Sandakan. 


Ia kini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat tiga (3) kawasan utama di RDC untuk eksplorasi iaitu Bangunan Pelawat, Rainforest Discovery Trail dan Canopy Walkway.

RDC Lake
Rainforest Discovery Trail
Visitor Building
Rainforest Discovery Centre
Hanging Bridge
Canopy Walkway
Pokok Kalumpang Sarawak




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...