Saturday, February 26, 2011

Konsert Maher Zain 25 Februari 2011 - Stadium Malawati Shah Alam


Maher Zain telah mengadakan konsert kali kedua di Malaysia pada 25 Februari 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam bertemakan 'maher zain Live in Concsert'.Konsert kedua beliau diadakan selama dua hari iaitu 25 dan 26 Februari 2011.  Konsert pertama beliau di Malaysia pada 14 dan 15 Oktober 2010 di MBSA Auditorium, Shah Alam yang bertemaka 'Save The Soul'. Konsert ini dianjurkan bersama oleh syarikat Awakening, InteamRecords dan Fiero.




Saya berpeluang menyaksikan konsert ini kali. Ini kali pertama saya menyaksi konsert seumpama ini, Saya bertolak dari pejabat ke Shah Alam selepas waktu berkerja. Dalam perjalanan ke Shah Alam punyalah sesak sebab waktu ini waktu orang balik dari kerja. Saya mengambil lebih kurang 1 jam 45 minit untuk sampai di Stadium Malawati.




Terpaksa parkir kereta yang agak jauh dari satadium maklumlah ramai peminat mereka. Di luar stadium, ada beberapa kedai yang menjual beraneka barangan, kedai makanan, kedai buku-buku agama dan kedai-kedai beraneka yang menjual cenderahati , kaset, CD dan Baju-T berkonsepkan Maher Zain.


Konsert Maher Zain bermula 8.30 malam dengan memperkenalkan barisan artis yang akan mempersembahkan nyanyian. Persembahan pertama oleh Kumpulan InTeam. Persembahan kedua diikuti oleh persembahan Infan Makki kemudian diikuti Maher Zain dan diselangi oleh persembahan  Mesut Kurtis. Maher Zain menyampaikan beberapa lagu yang popularnya termasuk sebuah lagu yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu yang berjudul Insya Allah.


Bila diperhatikan, Maher Zain sangat diminat oleh kanak-kanak dan golongan wanita. Konsert ini lebih seronok didengar jika kawalan sistem audio dipertingkatan. Walau bagaimanapun konsert ini berjaya dan sesuai ditonton bersama keluarga. Konsert tamat jam 11.40 malam.

KLIP VIDEO: Insya Allah (versi Bahasa Melayu)

video

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...