Wednesday, January 4, 2012

Laman Web JPPH bertaraf 5 Bintang


Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011 oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) telah memberi penarafan 5 Bintang kepada Laman Web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Majlis penganugerahan 5 Bintang kepada agensi-agensi kerajaan telah diadakan pada 1 Disember 2011 di Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sebanyak 285 agensi menerima penarafan ini. Majlis penanugerah ini telah diadakan dua sesi iaitu sesi pagi telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah binti Mohd Zain dan sesi petang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan.


MGPWA telah dilaksanakan oleh MDec sejak tahun 2005 dengan tujuan untuk membantu orang awam mendapat maklumat kerajaan dan perkhidmatan online yang berkesan.  Evalusi ini telah dikategorikan kepada lima teras iaitu : Content, Usability, Security, Participation dan Services. Sebanyak 1155 agensi telah dilaksanakan evaluasi oleh MDec. Sebanyak 285 agensi telah berjaya menerima penarafan 5 Bintang berbanding 101 agensi pada tahun 2010. Kementerian Perumahan dan Kerjaaan Tempatan (KPKT) telah mendapat ranking pertama dalam evalusi tahun 2011.


Ini merupakan pencapaian yang cemerlang buat Laman Web JPPH yang merupakan kali pertama menerima penarafan 5 Bintang. JPPH menduduki ranking yang ke 14 dengan kedudukan ke 70 dalam kategori Laman Web.

Tahniah buat Team Laman Web JPPH kerana berkerja keras untuk mendapatkan sasaran 5 Bintang.

URL Laman Web JPPH : Sila klik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...