Monday, April 4, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Shaheizy Sam - Artis Paling Popular
Sam yang meraih undian sebanyak 126,128 daripada pembaca akhbar Berita Harian dengan ini telah berjaya merangkul hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 serta hadiah iringan dan trofi.


Selain Sam, artis yang baru pertama kali memenangi anugerah pada acara berprestij itu ialah Ana Raffali menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular, dan kumpulan yang popular dengan lagu Tanpa, 6ixth Sense berjaya membawa pulang gelaran Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular.


Kategori penyanyi wanita yang selama ini tidak pernah lepas daripada genggaman Datuk Siti Nurhaliza menjadi milik Yuna setelah Siti menarik diri daripada pencalonan untuk memberi laluan kepada wajah-wajah baru.

Bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, anugerah ini masih kekal disandang oleh Noorkhiriah dan Pelakon TV Lelaki Popular pula oleh milik aktor, Remy Ishak.

Kumpulan nasyid Rabbani pula masih terpilih sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular setelah sepuluh tahun menggenggam trofi ini secara berturut-turut.

Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi masih mengekalkan popularitinya apabila berjaya meraih gelaran Pengacara TV Lelaki Popular manakala Fara Fauzana dipilih sebagai pemenang gelaran yang sama bagi kategori wanita selain memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular.

Fasha Sandha - Pelakon TV Wanita Popular
Bagi pemilik Anugerah TV Wanita Popular, Fasha Sandha kemenangannya pada malam ini membuktikan dirinya masih diterima peminat biarpun teruk dilanda kontroversi tahun lalu. Fasha kelihatan terkejut apabila namanya diumumkan.

Anugerah istimewa, Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama 59 tahun.
Lisa Surihani - Pelakon Filem Wanita Populor
Majlis yang berlangsung dalam durasi masa satu jam tiga puluh minit ini diterajui oleh tiga orang hos popular, Syarifah Shahirah, Raja Azura dan Zizan Raja Lawak, selain ia diserikan oleh beberapa persembahan menarik oleh beberapa artis antaranya Yuna, Siti Nurhaliza, Ella, Alyah, Anuar Zain dan Ning Baizura.

Dato' Siti Nurhaliza mendendangkan beberapa lagu.
Senarai lengkap pemenang ABPBH2010:

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil

Artis Paling Popular - Shaheizy Sam
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
Artis Komedi Wanita Popular - NoorKhiriah
Artis Bari Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
Artis Berkumpulan / Duo Popular - 6ixth Sense
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Wanita Filem Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha


.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...