Skip to main content

Padang Sekolah Rumah ke2 Ku - Satu Coretan Hadibah Atan


Hadibah Atan adalah salah seorang kawan di zaman sekolah ku. Baru-baru ini, kami dapat bertemu semula melalui FACEBOOK setelah lebih 25 tahun terpisah. Walaupun persahabatan kami tidak akrab tetapi saya mengenali beliau. Beliau begitu aktif terutama dalam bidang sukan. Beberapa hari yang lalu, beliau telah mencatat satu nastogia kenangan lalu beliau di padang sekolah dalam catatan Facebook. Berikut adalah catatan beliau untuk tatapan kita terutama untuk kawan-kawan sesekolah di Sekolah Tunku Mahmud 2 dan Sekolah Tinggi Kluang.



CATATAN 1

Cerita Pertama..SURAH AL IKHLAS semangat aku

Pelik tapi benar..this’s me. Sek.Tengku Mahmud II, Kluang Johor dr 1970-1975.. awal2 persekolahan semasa dlm Strd 1 lagi aku dah mula dengan sukan...mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri..menjelajah dari 1 daerah ke 1 daerah..Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru..hanya dengan bermain Belon Gergasi bertelinga ditunggang sambil melompat setinggi yg boleh ....sgt menyeronokkan..kawan yang selalu bersama aku adalah Rosnan Argi dan paling istimewa adalah hadiah yang diperolehi..condensedmilk DutchLady (gmbr wanita yg memjinjing bakul dikepalanyer)di pack sgt menarik..saguhati akan menerima dlm 10pack, ke3 dlm 15pack, ke2 20pack & Johan 25pack..lama juga mak aku tak perlu membeli susu untuk buat TEH SUSU bcoz why..bcoz aku selalunyer JOHAN...hehehe

Suatu hari aku telah selected utk pergi bertanding ke Johor Bahru dgn Rosnan Argi lah dll..seperti biasa balik dgn susu yg banyak. Kami tidur dlm bas hingga sampai ke bandar Kluang. Sebelum tu..aku dah berpesan dengan cikgu agar turunkan kami di Jalan Batu Pahat sebab dekat dgn kawasan rumah tetapi bas dari Johor Bahru lalu Simpang Rengam terus ke bandar Kluang...bayangkan seusia 7tahun, pukul 9mlm waktu dulu... terpaksa balik seorg2 ke rumah aku di atas puncak bukit bersebelahan dgn SMSJ.

Walaupun perasaan takut menyelubungi diri tapi aku gagahkan juga...bas berhenti di Jalan Mersing dan aku ber3 turun..seorg kakak yg berada di Strd6 tinggal di Jalan Esa, aku & Rosnan..so kami ikut kakak tu hingga sampai ke rumah dia & kami ber2 meneruskan perjalanan pulang dlm keadaan gelap gelita tapi yakin coz itu adalah jalan kami berulang alik ke sekolah hari2..hingga lah sampai ke lorong masuk rumah Rosnan..di situ segalanyer bermula...haha

Mana harus aku ikut utk meneruskan perjalanan pulang ke rumah aku, ada 2 simpang yang berasing tapi akan menuju ke penghujung yg sama utk sampai ke rumah TAPI risikonyer ..kalau di ikut jalan terus naik bukit yang tinggi..kat situ ada 1 kuil India yg sememangnyer menyeramkan..dengar bunyi loceng pun dah meremang bulu roma aku...di sebelah kanan ada 1 jalan yang juga amat menyeramkan..utk pengetahuan rumah Rosnan di hujung padang bola & permainan...alhamdulillah aku x perlu cross padang bola..1 perkara yg sgt melegakan aku coz y...giler kor hantu byk kat situ malam2 buta..sape berani lalu malam2 ka situ lagi pulak ada sepohon pokok beringin yg besar tempat org cina sembahyang..org kata ada pontianak kat situ..so oklah..tapi aku terpaksa lalu dkt padang mainan..1 masalah besar jugak coz y...coz org pernah nampak perempuan main buai sorg2 malam2 & kadang2 buai tu akan dpt di lihat berayun sendiri...adooyaiiii korg bayangkan mcmana kecutnyer perut aku nih...tak apa lah..aku teruskan juga ikut taman permainan...lawan segala perasaan negatif yg ada..yg mustahak sampai rumah...alhamdulillah lepaslah aku kawasan tu dengan bantuan beberapa pakcik yg sedang bersembang di halaman rumah mereka kat atas bukit tu..dalam hati aku berkata...kalau jadi apa2 ..aku jerit dia org mesti dengar..so perjalanan di teruskan tapi di lereng bukit ke2 nie...ada 1 blok rumah kembar 2 yg 1 drpdnyer tidak berpenghuni kerana rumah tu dikatakan keras...di tepi rumah tu ada serumpun pokok lengkuas dan pandan..rumah nie di sebelah kiri jalan & di sebelah kanan ada 1 lorong ke perkampungan cina..waktu malam anjing2 akan duduk di simpang masuk...perghhh parah dari jauh dah nampak anjing2 yang banyak...dalam hati x henti2 baca surah Al-Ikhlas..Qul huallahuahad..sampai habis coz mak selalu berpesan baca dalam hati selalu..kalau ada anjing baca kuat2 coz anjing takut dgn surat al Ikhlas..so itulah semangat aku & setibanyer di situ memang sahlah anjing2 tu tak kacau pun aku..menyalak pun tidak..hah lega tapi bila aku pandang ke rumah kosong tu..tiba2 di celah2 pokok lengkuas ada sepasang mata merah terkelip2 memandang tepat ke arah aku...apa lagi secepat kilat aku berlari sambil membaca Qul huallahhuahad.. allahusamad.. lamyalid walamyulad.. walamyakullahukufuwanahad... berpuluh kali aku membaca sambil berlari hingga sampai ke rumah....aku rasa bcoz of that lah aku jadi Sprinter sekolah...sebab sejak hari tu ..aku akan mengayuh basikal selaju yg boleh dan berlari sekuat & sepantas yg terbawa oleh badan aku dengan bekalan surah Al Ikhlas....hehehe


CATATAN 2

Cerita Ke 2...: Mana nak carik ....DIBAH

Mana nk cari aku...senang je..masa sekolah rendah..pagi kat STMII, kul1.30 sekolah agama..kul 4pm cari aku kat padang..

Mcm tu jugak di Sek.Tinggi Kluang...pagi petang ada kat sekolah ..kalau x d kat kelas kat tgh padang. Aku aktif sukan..sprinter sekolah, hockey player sayap kanan..masa Std6 dah mula main hoki, bola jaring..balapan ni mainan lah..dr std4 lagi..100m,200m,400m, longjump, highjump & quartet..mula ngan hurdles 100m masa std6...dan seterusnyer sampai Form5.

Di STK aku di kenali kerana sukan..x lawa pun tapi figure athlete kan..paham2 la..ngan ketinggian 5'4"..so

bila aku di padang mmg kat bwh pokok tepi padang tu penuh ngan bebudak lelaki la....bukan tgk aku...tgk org bersukan..ok enough.

Apa yg nak aku cerita ni..mengenai idola aku ...MARINA CHIN. Perghhhh..mmg salute habis lah kat dia nie..bila ada je gambar dia kluar kt paper..mesti aku gunting simpan wat koleksi..then aku akan letak gmbr aku kat sebelah gmbr dia..wat perbandingan..

Aku suka sgt tgk dia berlari..cara dia berlari hurdle melompat dari satu lompatan ke satu lompatan hurdle..& paling membuat jantung aku berdegup kencang bila di starting point utk mendgr tembakan pistol...mcm aku yg nak berlari..itu lah kehebatan & aura Marina Chin buat diri aku....inilah dunia aku...sukan...sukan...sukan...walaupun aku tau ramai boys yg minat kat aku masa tu ...tapi aku x pernah ada rasa nk ada boyfren mcm org laen...pada aku semua tu x mustahak..yg mustahak sukan...dan berada di tengah padang..satu kepuasan..lega bila berada di tgh padang...puas bila berlari melepasi 1 hurdle ke 1 hurdle...puas bila menghayun kayu hoki di tangan & puas bila dapat bentis kaki & menyiku lawan dgn kayu hoki...yezzz itulah nikmat..hehehe..

Last aku pegang kayu hoki semasa di ITM Dungun..dan 1 perkara yg menarik masa di Dungun ialah dapat melihat YDP Agung Tuanku Mizan main bola sama2 dgn rakyat & students ITM...dia suka turun ke Dungun main bola..ensem siot!!!! x bleh bla bak kata bebudak skang...mana ada gurls yg nak lepaskan peluang nie...hehehe..termasuk aku..

Skang semua tu tinggal kenangan..bila sekali sekala aku dpt melihat Marina Chin ngan figure dia skang so pada aku patut lah pun figure aku cam ni.terutama my butt..extra large..pelik tul tapi benar...hehehe...dan yg pasti kesan dari menjadi hurdlers ialah my knee cap dh 2 kali kena GRIND kerana retak masa melanggar hurdles dulu....














Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem